Popular Posts

Tuesday 6 September 2011

JANGAN TERKEJUT...



Jangan terkejut!! Sebenarnya dah lama Pas pusat nak tukar si MB Kedah ni. Ada beberapa kes yang membuatkan Pas pusat tidak berapa berkenan dengan Ustat Azizan. Lebih-lebih lagi pihak Dap. Apa cerita pun baca dulu artikel di bawah,


The Star memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

“Mereka beritahu blog DARI KEDAH KE KL, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini.

Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah.

Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan. Sumber dari Pisau.net
Sebenarnya Ustat Azizan ni dalam banyak-banyak pemimpin Pas, beliau merupakan antara yang paling ok la. Walaupun dia selalu kata tak tau, tapi sekurang-kurangnya beliau masih lagi berpegang pada pejuangan Pas yang lama. Iaitu ikut cara Islam. Namun disebabkan tekanan dari Pas Pusat dan Dap. Beliau terpaksa mengalah dalam banyak hal. dkkkl taknak sebut hal apa, tapi beliau banyak membantah dari menyokong.

dkkkl bukan nak sokong ustat, tapi kalau nak dibandingkan ustat dengan Mat Sabu atau Mahfuz Omar, baik dkkkl sokong ustat Zizan saja. Pemikiran ustat masih lagi boleh 'pakai' kalau nak dibandingkan dengan depa dua ekor tu. Dulu pernah terjadi ustat melarang Hadi Awang masuk campur dalam hal KUIN (beliau kata Pas Pusat takdak kena mengena dengan hal Pas negeri). Semua ini terjadinya semasa kekecohan di KUIN beberapa bulan yang lepas.

Mungkin disebabkan Ustat Zizan yang selalu membantah cakap Hadi Awang, menyebabkan Hadi berniat untuk menukar tempat Ustat.

Sekarang Ustat sakit. Pas Pusat mengambil peluang ini untuk menukar tempat Ostat dengan geng sekutu yang setia pada pemimpinan Pas, dalam bahasa lebih tepat lagi, yang boleh ikut cakap Dap. dkkkl teringin nak tengok siapa calon boneka MB Kedah yang mahu Pas Pusat letak disana, yang boleh jadi Pak Turut Dap dan Pas pusat. Rasa-rasanya sapa?

Monday 27 June 2011

adeekar

Jom kita ramai tengok apa yang ingin dituntut oleh pemimpin golongan-golongan yang bergelar Ber-SHIT ni … yang kaki ikut demo tuh tak tau apa pun yang diorang tuntut … janji demo haram … tuh je yang diorang tahu … diorang tak sedar yang pemimpin Ber-SHIT tuh dah cuba memanipulasi benda demi kepentingan diri sendiri dan tidak lupa kepentingan orang dibelakang tadbir yang pegang remote control diorang nih .. toksah nak sebut nama dia lah kut .. jijik rasa … sebab asyik duduk kat belakang jer kan .. huhu ..
8 Perkara yang dituntut……
1 – Membersihkan senarai pemilih.
2 – Melakukan reformasi terhadap sistem pengundian.
3 – Menggunakan dakwat kekal untuk cap jari pengundi.
4 – Membenarkan tempoh berkempen lebih dari 20 hari.
5 – Memperkukuhkan institusi awam.
6 – Mewujudkan akses terhadap media secara bebas & adil.
7 – Menghentikan amalan rasuah serta politik kotor.
8 – Membuat pindaan terhadap undang-undang.

Ni komen KumanKumin pasal tuntutan diatas .. pendapat peribadi lah kan .. lu orang pikirlah sendiri …
1- SPR memang sentiasa update senarai pemilih berdasarkan maklumat yang diberi .. lepas tuh sesiapa sahaja berhak membuat bantahan terhadap senarai nama yang didaftarkan dan akan dinilai semula oleh SPR … kan ada tempoh bantahan sebelum diwartakan …
2- Reformasi??? Apa yang golongan ni tau pasal reformasi?? Yang mereka tau bila sebut reformasi, siapkan baju kuning .. pastuh pergi berarak ramai-ramai .. tuh je … Sistem pengundian yang diamalkan setakat ni dah yang terbaik … tapi mereka ni bukan apa, kalau mereka menang baru lah mereka cakap sistem tuh bagus .. kalau kalah sistem tak bagus …
3- Dakwat kekal? Skrg SPR ada usaha untuk perkenal biometrik tuh .. lagi canggih … lagi berkesan KumanKumin rasa kan … kalau dakwat kekal tuh kekal sampai bile ek? kalau sampai Pilihanraya seterusnya masih x kekal, macam mana? Huhu … kalau boleh hilang, pasti ada orang yang dah undi akan cuba apa cara untuk padamkan dakwat tuh dan undi kali ke2 kan … haaa macam mana??
4- Tempoh kempen 20 hari ?? Ni paling nak gelak ni … Alllooooo kawan, yang korang kutuk kerajaan pastuh puji kerajaan Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan tu bukan kempen ke? Rasanya 365 hari kut korang berkempen dalam masa setahun … Nik Aziz tuh setiap kali dapat pegang mic waktu kuliah/khutbah, confirm berkempen …
5- Institusi Awam dikukuhkan?? Ni cite ape ni? Nak kukuh macam mana .. bagi lah spesifik sikit .. kalau setakat nak kukuh, sekarang dah kukuh kut .. pakai batu-bata kan bangunan institusi ni ..
6- Bebas Media?? Media di Malaysia ni dah kira bebas dah … ada media arus perdana .. ada media pembangkang .. contohnya Harakah, Suara Keadilan, Selangor TV, PAS TV dan macam-macam lagi lah … malah ianya boleh diakses orang semua rakyat …
7- Rasuah? Isu ini sentiasa mendapat perhatian serius kerajaan setiap masa dari dahulu .. Kalau ada cadangan yang baik, boleh dibawa berbincang .. bukan berdemo haram … Dan Ini bukan bidang kuasa SPR laaa kawan … aduyaiiii …
8- Pindaan Undang-undang?? Adoyaiii malas nak cakap dah … lu orang pikir lah sendiri apa yang diorang nak sebenarnya …
Haaa ni pendapat peribadi KumanKumin lah kan …